News

        • BIASISWA ORANG MUDA JOHOR

        • 27/05/2024
        • #YPJBantuanPendidikan | PERMOHONAN BIASISWA ORANG MUDA JOHOR (BOMJ) DALAM NEGARA TAHUN 2024 KINI DIBUKA.

           

          Permohonan dibuka bermula 26 Mei 2024 sehingga 8 Jun 2024 khusus untuk pelajar lepasan SPM tahun 2023 sahaja.

           

          Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) bermula 26hb Mei 2024 di laman sesawang YPJ atau boleh klik di pautan http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ . 

           

          TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ 

           

          #YayasanPelajaranJohor

          #MembinaInsanBerkualiti

          #BiasiswaOrangMudaJohor

        • TAHNIAH! SPM 2023

        • 27/05/2024
        • Tahniah diucapkan kepada semua calon dan guru-guru SMA Parit Sulong. 

          GPS : 4.29 (4.59 bagi 2022) 

          LMS : 100 (97.30% bagi 2022)

          Lulus Keseluruhan : 75% (64.86% bagi 2022)

          Straight A : 1 orang ( 2 orang bagi 2022)

          Straight G : 0

          GPMP Meningkat : 11 MP

          GPMP Merosot : 0 MP

          MP 100% LULUS : 5 MP (BM, BI, SEJ, SN, PN)

        • IHTIFAL RIYADHI PERINGKAT NEGERI 2014

        • 26/05/2024
        • Tarikh  : 23-25 Mei 2024

          Lokasi : Batu Pahat

          Anjuran : Jabatan Agama Johor (Bahagian Pembangunan Murid / Kokurikulum)

          Tuan Rumah : SABK Batu Pahat (SMA Parit Sulong, SMA Parit Raja, SMA Jawahir Al-Ulum, SMA Attarbiah Batu Pahat)

          Buat julung kalinya, SMA Parit Sulong (SMAPS) menjadi tuan rumah bersama di daerah batu pahat bersama-sama dengan tiga buah SABK. SMAPS telah menjadi pengelola bagi dua cara iaitu Bola Sepak yang berlangsung di IPGM Tun Hussein Onn, Batu Pahat dan Kolej Vokasional Batu Pahat dan Sepak Takraw di SK Seri Dayong, Seri Medan dan Dewan Orang Ramai, Seri Medan. 
           

          Antara acara yang telah disertai oleh kontinjen SMAPS adalah Bola Tampar (di SMA Parit Raja dan IPGM Tun Hussein Onn), Bola Jaring (di SMA Jawahir Al-Ulum), Sepak Takraw (SK Seri Dayong dan Dewan Orang Ramai, Seri Medan), Ping Pong ( di IPGM Tun Hussein Onn) dan Badminton (di Dewan JSK Batu Pahat).

          Walaupun tiada sebarang pingat yang dimenangi pada tahun ini, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua atlet dan sukarelawan yang terlibat sepanjang berlangsungnya temasya Ihtifal Riyadhi peringkat negeri yang telah berlangsung. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak SMAPS dan memberikan keizinan untuk bersama-sama menjayakan temasya ini.

          Semoga SMAPS sentiasa menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.

          #smapsbp #smapscemerlang2025 #kempenhidupsihat #nosmokenovape #stopbullyingstandupspeakout #aljauhardigilapilmudigarap #najjah4all #mesyuaratagungpibgsmaps2024 #jubliintansmaps #tahniahsemua

        • Perhatian Kepada Calon SPM 2023 SMAPS - Kuputusan SPM 2023

        • 26/05/2024
        • Kami mendoakan kejayaan yang cemerlang buat calon-calon SPM 2023. Teruskan berdoa dan tawakal kepada Allah. Allah bersama kita! semak keputusan melalui pautan http://myresultspm.moe.gov.my atau melalui sms. Taip SPM<>NoKp<>AngkaGiliran dan hantar ke 15888

      • Jadual Waktu
        • Jadual Waktu

        • 20/05/2024
        • View or print your current timetable. The latest timetable was published on: 06/04/2025
      • Jadual Ganti
        • Jadual Ganti

        • 20/05/2024
        • View the daily substitution changes to your timetable. The latest substitution was published on: 27/05/2025
      • User accounts
        • User accounts

        • 20/05/2024
        • For some parts of timetable or substitution, you may need to login. If you lost your password, please use the link “I do not know the login name or password” and type in your email. If you haven’t received the password yet, please wait, the school will provide you with one when everything is the ready to go.