Tarikh : 23-25 Mei 2024
Lokasi : Batu Pahat
Anjuran : Jabatan Agama Johor (Bahagian Pembangunan Murid / Kokurikulum)
Tuan Rumah : SABK Batu Pahat (SMA Parit Sulong, SMA Parit Raja, SMA Jawahir Al-Ulum, SMA Attarbiah Batu Pahat)
Buat julung kalinya, SMA Parit Sulong (SMAPS) menjadi tuan rumah bersama di daerah batu pahat bersama-sama dengan tiga buah SABK. SMAPS telah menjadi pengelola bagi dua cara iaitu Bola Sepak yang berlangsung di IPGM Tun Hussein Onn, Batu Pahat dan Kolej Vokasional Batu Pahat dan Sepak Takraw di SK Seri Dayong, Seri Medan dan Dewan Orang Ramai, Seri Medan.
Antara acara yang telah disertai oleh kontinjen SMAPS adalah Bola Tampar (di SMA Parit Raja dan IPGM Tun Hussein Onn), Bola Jaring (di SMA Jawahir Al-Ulum), Sepak Takraw (SK Seri Dayong dan Dewan Orang Ramai, Seri Medan), Ping Pong ( di IPGM Tun Hussein Onn) dan Badminton (di Dewan JSK Batu Pahat).
Walaupun tiada sebarang pingat yang dimenangi pada tahun ini, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua atlet dan sukarelawan yang terlibat sepanjang berlangsungnya temasya Ihtifal Riyadhi peringkat negeri yang telah berlangsung. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak SMAPS dan memberikan keizinan untuk bersama-sama menjayakan temasya ini.
Semoga SMAPS sentiasa menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.
#smapsbp #smapscemerlang2025 #kempenhidupsihat #nosmokenovape #stopbullyingstandupspeakout #aljauhardigilapilmudigarap #najjah4all #mesyuaratagungpibgsmaps2024 #jubliintansmaps #tahniahsemua